Kedah Idam Mata Penuh, Cheng Hoe Puas Hati Aksi Kahe

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Kedah kembali bertandang ke Selangor untuk saingan Liga Super selepas mencatat kenangan pahit apabila tewas 2-0 pada saingan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Disember lalu.

Pastinya tempoh tiga bulan ini telah memberi pengajaran kepada skuad Helang Merah dan selaku Ketua Jurulatih,  Tan Cheng Hoe akan cuba melakukan percaturan terbaik pertemuan dengan Selangor kali ini.

“Sesetengah penyokong Kedah menganggap perlawanan pada Selasa sebagai aksi balas dendam kepada kekalahan sebelum ini.

“Tetapi sebagai jurulatih, saya menganggap ia sebagai perlawanan Liga Super di mana Kedah  perlu bermain dengan baik untuk mengutip setiap mata bagi menduduki tangga terbaik dalam liga.

“Saya yakin saingan lebih sengit kerana semua tahu mereka lebih baik berbanding tahun lalu dengan kehadiran jurulatih baharu (Zainal Abidin Hassan), dan beberapa pemain baharu yang bagus.

“Malah dalam masa sama juga, mereka lebih bersedia kerana turut bermain dalam saingan Piala AFC,” jelasnya ketika ditemui mStar Online di sini, Isnin malam.

Selain itu, Cheng Hoe berpuas hati dengan persembahan anggota skuadnya setakat ini, termasuk pemain import baharu, Carlos Kahe,33.

“Ada segelintir peminat yang menilai pemain ini berdasarkan jaringan gol, tetapi bagi saya sumbangan komitmen kepada pasukan lebih penting. 

“Saya berpuas hati dengan semangat konsisten serta disiplin, malah dia sentiasa diturunkan pada setiap perlawanan. Malah Kahe mempunyai karektor sebagai pemain yang inginkan kemenangan.

“Jadi tidak timbul soal menggantikannya. Jika dia teruskan dengan apa yang ditunjukkan sekarang, saya percaya dia akan mendapat sentuhan gol yang diidamkan,” jelas Cheng Hoe mengenai bekas pemain skuad remaja Brazil itu.

Sebagai rekod, Kedah kini berada di tangga keenam liga selepas mengharungi lima perlawanan dengan keputusan dua menang, dua kalah dan satu seri.

“Sekurang-kurangnya kami mahu mengekalkan kedudukan ini untuk memastikan pasukan Kedah terus beraksi dalam liga ini.

“Sekiranya berada di kedudukan tercorot, ia bakal memberi tekanan kepada pemain dalam setiap perlawanan kerana perlu mencari mata penuh,” tambahnya.



Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah , Stadium Shah Alam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan