Chelsea Berbesar Hati Terima Kehadiran Antonio Conte

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 7:21 AM

Antonio Conte. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

CHELSEA mengakui begitu senang menerima kehadiran Antonio Conte sebagai jurulatih baharu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pengarah pasukan itu, Marina Granovskaia.

"Kita sangat berbesar hati mendapatkan salah seorang pengurus yang amat dihormati dalam dunia bola sepak," kata Granovskaia.

Pengerusi Chelsea, Bruce Buck turut menyedari mengenai kehebatan Conte.

"Kita menantikan kehadiran dia di Stamford Bridge. Dan kita yakin dia akan meraih pencapaian tertinggi di sini," katanya.

Conte, 46, akan berhijrah ke London selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Chelsea selepas kempen Euro 2016 berakhir.

Conte akan menjadi pengendali dari Itali kelima untuk mengemudi Chelsea selepas Gianluca Vialli, Claudio Ranieri, Carlo Ancelotti dan Roberto Di Matteo.

Beliau beraksi dalam lebih 400 perlawanan bersama Juventus dan memimpin kelab itu memenangi tiga trofi Serie A dari 2012 hingga 2014.


Tags / Kata Kunci: Antonio Conte

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan