Ronaldo Ledak Gol Kemenangan Atasi Barcelona - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Ledak Gol Kemenangan Atasi Barcelona

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 7:39 AM

Ronaldo meraikan jaringannya ketika membenam Barcelona.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo muncul wira The Los Blancos selepas menjaringkan gol kemenangan 2-1 ketika bertemu Barcelona di Stadium Camp Nou, awal pagi Ahad.

Gol Ronaldo itu sekali gus berjaya menamatkan rekod 39 perlawanan tanpa kalah Barcelona musim ini.

Kemenangan itu lebih bermakna lagi apabila Real yang bertandang di tempat lawan merampas tiga mata penuh meskipun terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain dalam pertembungan dua musuh tradisi ketat itu.

Barcelona terlebih dahulu meraikan gol awal menerusi tandukan Gerard Pique pada minit ke-56 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Namun, Real pantas mendapatkan gol penyamaan menerusi Karim Benzema pada minit ke-62.

Selepas kapten Real, Sergio Ramos dilayang kad merah kali ke-21 dalam kerjaya bola sepaknya pada minit ke-83, Ronaldo bangkit menjaringkan gol kemenangan kira-kira lima minit sebelum permainan tamat.

"Mencatatkan kemenangan di sini satu harga yang amat mahal kepada semua pemain kerana mereka bermain dengan sepenuh keringat," kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Malah, perlawanan itu amat bermakna buat Zidane kerana ia kemenangan sulungnya ke atas Barca sejak mengendali Real. 


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan