Liverpool, Spurs Sekadar Seri

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 7:20 AM

Kane (tengah) menjaringkan gol penyamaan untuk Spurs.

(Ubah saiz teks)

HASRAT Liverpool untuk menghadiahkan kemenangan kepada penyokong di Anfield tidak menjadi kenyataan apabila Harry Kane menjaringkan gol penyamaan 1-1 untuk Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) , awal pagi Ahad.

Kane menjaringkan gol ke-22nya dalam aksi EPL musim ini selepas menyudahkan hantaran Dejan Lovren pada minit ke-63.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Philippe Coutinho pada minit ke-51.

Penjaga gol Spurs, Hugo Lloris patut diberi pujian selepas berjaya menyelamatkan beberapa percubaan daripada Coutinho, Daniel Sturridge dan Adam Lallana selain menampan bola Heung-min Son yang hampir menerjah masuk ke gawang sendiri.

Kane turut mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi kedudukan kekal seri sehingga tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mengutip tiga mata penuh dengan Coutinho hampir menjaringkan gol kedua dan Simon Mignolet berjaya menyelamatkan percubaan Mousa Dembele.

Dengan keputusan seri itu, Spurs kini ketinggalan empat mata di belakang Leicester City yang menduduki tangga teratas liga.

Liverpool pula di tempat kesembilan dengan mengutip 45 mata daripada 30 perlawanan.

Manakala Leicester pula berpeluang menjarakkan kedudukan di depan Spurs dengan tujuh mata sekiranya menundukkan Southampton di Stadium King Power, malam Ahad.


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan