Van Gaal Mengaku Akan Dipecat

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal mengakui bahawa dia boleh dipecat sekiranya gagal membawa Manchester United untuk berada di kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Belanda itu mendakwa pihak pengurusan United telah memberi pilihan kepadanya untuk meletak jawatan jika merasakan dirinya gagal.

Bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu mahu berada di United sehingga kontraknya tamat tetapi sedia menerima keputusan kelab jika mahu memecatnya.

"Saya tidak boleh berkata demikian (mengenai masa depan), biar lembaga pengarah menilainya (keputusan perlawanan).

"Saya rasa ini normal kerana saya tidak boleh meramal masa depan kerana tidak mempunyai fakta untuk berbuat demikian," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan