Piala FA: JDT Tewaskan PDRM 5-2, Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 11:36 PM

Pemain JDT, Azamuddin Akil membawa bola dengan dikawal rapat pemain PDRM, Mohd Fekry Tajudin dan Konate Souleymane pada perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos LarkinSabtu malam. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat 6-2 pada perlawanan suku akhir kedua, Sabtu malam.

Pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, skuad Harimau Selatan menang 5-2 ke atas skuad The Cops.

JDT turun di halaman sendiri dengan berbekalkan agregat 1-0 selepas menang tipis ke atas PDRM pada suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka, 19 Mac lepas.

Gol pertama pasukan tuan rumah dijaringkan pemain import Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-15 setelah menyambar kemas tandukan ke belakang Amirul Hadi hasil sepakan sudut Safiq Rahim.

Diaz sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-28 selepas berjaya menyempurnakan sepakan kencang ke dalam gawang lawan.

Jaringan ketiga pasukan JDT dihasilkan Safiq pada minit ke-40 menerusi sepakan penalti akibat tindakan penjaga gol PDRM, Muhd Haziq Nadzli yang menjatuhkan Juan Martin Lucero.

PDRM berusaha mengatur serangan bertali arus, namun, gagal sebelum bertambah derita apabila pasukan juara Piala AFC 2015 menambah jaringan keempat pada minit ke-42 menerusi sepakan luar kotak penalti oleh Aznie Taib.

Bersambung babak kedua, The Cops mula mendapat rentak permainan apabila memperoleh gol pertama selepas Andre Francisco Williams berjaya membolos gawang Farizal Marlias pada minit ke-49 sebelum Ahmad Nizam Mohd Rodzi menambah jaringan kedua pada minit ke-62 menerusi sepakan percuma.

JDT terus menjarakkan kedudukan pada perlawanan yang disaksikan lebih 22,000 penonton apabila meledak gol kelima menerusi Juan Martin Lucero pada minit ke-66.

Keputusan kekal 5-2 sehingga wisel penamat dan JDT dijadual bertemu Kedah pada perlawanan separuh akhir nanti. -Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , PDRM , Suku Akhir , Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan