Everton Bimbang Lukaku Sertai Man United

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

EVERTON bimbang penyerangnya, Romelu Lukaku meninggalkan kelab berkenaan untuk menyertai Manchester United pada akhir musim ini.

Berikutan itu, Ketua Jurulatihnya, Roberto Martinez sekali lagi mengulangi bahawa pemain berusia 22 tahun itu tidak akan dijual pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, Everton tetap bimbang jika kehilangan pemain berkenaan.

Malah Everton turut mengakui United mampu memancing pemain Belgium berkenaan jika kelab itu dibimbing oleh Jose Mourinho.

Lukaku sebelum ini pernah beraksi untuk Chelsea dan telah dilepaskan Mourinho pada 2014.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan