Aliff Syukri Tandatangan Kontrak Taja Kedah Petang Ini

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menandatangani kontrak tajaan bernilai RM30 juta dengan syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd pada petang Jumaat.

Difahamkan pemilik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengadakan perbincangan peringkat akhir di Alor Star sebelum kedua-dua pihak menandatangani kontrak untuk tempoh tiga musim.

Ketika berita ini ditulis, Aliff Syukri yang dihubungi mStar Online masih dalam perjalanan ke Alor Star untuk bertemu Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah.

Menurut Aliff Syukri, beliau turut membawa peguam dan penasihatnya dalam pertemuan yang dijadual diadakan pada pukul 5.30 petang ini.

"InsyaAllah jika tawaran yang KFA berikan memuaskan dan memberi impak yang baik kepada D'Herbs, saya akan tandatangan.

"Sejujurnya jumlah yang diminta oleh pasukan Kedah adalah tinggi. Tapi setelah mempertimbangkan beberapa kriteria termasuk prestasi pasukan itu dan pulangan terhadap produk saya...saya bersedia," katanya.

Tambah usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu, beliau yakin skuad Helang Merah mampu mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini dengan lebih baik.



"Saya ada peruntukan yang cukup untuk menaja pasukan bola dan saya yakin dengan pelaburan ini ia dapat menyuntik semangat yang lebih untuk pasukan berkenaan mencipta kejayaan.

"Mana tahu selepas ini pasukan Kedah akan terkenal dengan tagline 'terlajak gol' dan Kedah juga akan dikenali sebagai negeri 'terlajak laris'," katanya berseloroh.

Selain itu tambah Aliff Syukri, beliau turut dijemput oleh KFA untuk menyaksikan perlanan suku akhir pusingan kedua Piala FA antara pasukan Kedah menentang Sabah di Stadium Darul Aman yang bakal berlangsung pada Jumaat malam.

"Saya akan ke stadium malam ini. Harap-harap kedatangan saya ke Kedah hari ini bakal membawa tuah kepada pasukan Helang Merah," katanya.

NOTA: Peminat pasukan Kedah disaran mengundi pasukan anda yang bersaing bersama lima pasukan sukan lain untuk memenangi Anugerah Pasukan Sukan Pilihan Online bagi Anugerah Pilihan Online anjuran mStar Online dan Suria fm di laman web tersebut  http://apo.mstar.com.my/undi.aspx


Tags / Kata Kunci: Aliff Syukri Kamarzaman

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan