Pele Saman Samsung RM169 Juta, Guna Imej Menyerupai Wajahnya

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 10:27 AM

Pele, legenda bola sepak Brazil.

(Ubah saiz teks)

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele memfailkan saman sebanyak 21 juta pound (RM169 juta) terhadap syarikat gergasi elektronik Korea Selatan selepas mendakwa menggunakan imej menyerupai wajahnya dalam sebuah iklan.

Menurut writ saman yang difailkan di sebuah Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Chicago, iklan tersebut yang dikeluarkan dalam New York Times tidak mendapat kebenaran Pele.

Iklan tersebut memaparkan wajah seorang lelaki berkulit hitam yang menyerupai Pele.

Terdapat satu gambar kecil yang menunjukkan seorang pemain bola sepak membuat aksi sepakan gunting seperti yang pernah dilakukan Pele.

Pele, 75, atau nama penuhnya Edson Arantes do Nascimento disifatkan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Pele beraksi dalam dua perlawanan final Piala Dunia untuk Brazil.

Beliau membantu Brazil memenangi Piala Dunia pada 1958 dan 1970 serta menjaringkan gol pada dua aksi final kejohanan tersebut.

Samsung dipercayai menggunakan iklan tersebut selepas rundingan untuk menggunakan imej Pele bagi mempromosikan produk keluarannya gagal mencapai kata sepakat pada 2013.

Bintang sensasi itu kini banyak memperolehi pendapatan menerusi lantikan sebagai duta produk.

Aduan itu juga mengatakan iklan Samsung akan menjejaskan nilai hak Pele sebagai duta dan mengelirukan pengguna bahawa beliau menyokong produk keluaran syarikat tersebut.

Selain menuntut ganti rugi, peguam Pele berkata beliau mahu mengelak penyalahgunaan imejnya pada masa hadapan.

Tuntutan saman itu difailkan oleh Pemilikan Pele IP LLC yang memiliki hak tanda dagangan dan publisiti bekas bintang dunia tersebut.

Peguam Pele, Frederick Sperling turut pernah mewakili bekas bintang bola keranjang Chicagi Bulls, Michael Jordan.




Tags / Kata Kunci: Pele , Samsung , saman

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan