Messi Tak Sabar Sumbat Gol Ke-500

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 8:16 AM

Lionel Messi

(Ubah saiz teks)

LIONEL Messi kini tertunggu-tunggu perlawanan seterusnya kerana pemain Barcelona itu ingin memburu gol ke-500 sepanjang kariernya.

Jika dia mampu membolosi gawang Real Madrid dalam perlawanan di Camp Nou, pada Jumaat, pemain kebangsaan Argentina ini akan mencatat sejarah peribadinya.

Messi kini dilihat berkobar-kobar apabila dia baru sahaja menyumbat gol ke-50 bersama pasukan kebangsaan ketika mengalahkan Bolivia di kelayakan Piala Dunia 2018.

Kejayaan Messi menambah gol demi gol bersama kelabnya sekurang-kurangnya dapat meredakan beberapa kritikan pedas penyokongnya setelah dalam tempoh dua tahun ini, dia dilihat gagal menunjukkan prestasi membanggakan setelah gagal membantu pasukannya beraksi di final Piala Dunia dan Copa Amerika.

"Saya gembira dapat meraih enam mata. Ini memang keputusan yang kami harapkan. Semuanya adalah kerana sokongan peminat," kata Messi, memetik Goal.

Namun saat seterusnya yang ditunggu-tunggu Messi adalah El Clasico. Ia akan menjadi lebih bermakna jika dia mampu melakukannya dengan membolosi gawang musuh ketat kelabnya.

Bukan hanya mahukan tambahan tiga mata, tetapi dia juga mahu membuka lebih luas peluang menjadi juara La Liga musim ini.

"El Clasico akan menjadi perlawanan penting. Saya akan cuba mendapatkan mata ketika melawan Real Madrid nanti. Lebih bagus lagi kalau kami dapat menang," katanya.
Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , gol peribadi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan