Derma Kasut, Rakyat Mesir Kecam Messi

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 12:19 PM

Messi ketika ditemubual oleh El-Sharkawy.

(Ubah saiz teks)

HASRAT bintang Barcelona, Lionel Messi untuk mendermakan sepasang but yang pernah digunakan beliau bagi tujuan amal akhirnya mendapat kecaman rakyat Mesir.

Semasa temubual bersama stesen televisyen dalam rancangan "Yes I Am Famous" yang disiarkan menerusi Siaran Misr MBC, pemain kebangsaan Argentina itu memberitahu hos rancangan tersebut, Mona El-Sharkawy bahawa beliau mahu mendermakan sepasang but bolanya yang akan dilelong untuk pertubuhan amal.

Namun Messi tidak menyedari bahawa di Mesir dan beberapa negara Arab lain, kasut sebenarnya boleh dikatakan simbol penghinaan dan tidak hormat.

Susulan itu, beberapa rakyat Mesir mengecam tindakan Messi dan menggunakan laman media sosial untuk menyatakan kemarahan mereka.

"Ini adalah perkara paling menjijikkan. Beliau dibayar beribu-ribu dolar tapi akhirnya beliau mendermakan kasutnya," kata @Sala77ar7ash.

"Maruah Mesir adalah lebih penting daripada kasut Messi. Ia adalah satu penghinaan terhadap Mesir," kata @sulimanahmad670.

Dalam budaya Arab, menunjukkan tapak kasut anda boleh dianggap sebagai perbuatan paling hina.

Pada 2008, wartawan Iraq, Muntasir al-Zaydi membaling kasutnya kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush sebagai tanda protes terhadap satu sidang media di Baghdad.

Kasut dianggap sebagai kotor kerana ia dikaitkan dengan kaki, bahagian paling bawah pada anggota badan.


Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , but , derma , Mesir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan