Ferguson Ramal Leicester Juara Liga, Guardiola Sukar Di City

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengurus tersohor Manchester United, Sir Alex Ferguson meramalkan Leicester City akan merangkul trofi juara musim ini, manakala Pep Guardiola bakal dengan kesukaran bersama Manchester City.

Ferguson mengakui pelantikan Guardiola merupakan langkah bijak oleh City, tetapi dia mungkin perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan aksi Liga Perdana.

"Tanpa ragu-ragu Pep mempunyai etika kerja yang cemerlang, kehendaknya dalam semua aspek ketika sesi latihan.

"Semua orang berpendapat sesiapa yang tidak bekerja keras dengan City, dia tidak akan kekal lama.

"Tidak dapat disangkal lagi bahawa dia mempunyai kemampuan kejurulatihan yang hebat.

"Man City membuat tindakan bijak, tetapi ia bukan tugas mudah buat Pep untuk membiasakan diri kerana bola sepak Inggeris bukannya mudah.

"Setiap jurulatih antarabangsa yang tiba di England akan berkata demikian. Arsene Wenger menyuarakan kesukaran selepas beberapa bulan tiba di Arsenal, begitu juga dengan Jose Mourinho.

Pep Guardiola


"Pep akan berjaya tetapi saya yakin ia tidak akan sama seperti yang dilakukan di Barcelona kerana di sana standardnya lebih tinggi - mereka yang terbaik.

"Sementara itu, Ferguson menjangkakan Leicester akan menjuarai gelaran Liga Perdana musim ini malah mengakui skuad Claudio Ranieri itu sememagnya layak.

"Leicester seperti tidak boleh dihalang, mereka menjadi pasukan terbaik tanpa sebarang persoalan sepanjang tahun ini dan selayaknya menjadi juara.

"Kamu mungkin berpendapat mereka kurang berpengalaman, tetapi Leicester mempunyai tenaga luar biasa dan faktor bersatu hati membuatkan skuad itu berjaya melaluinya.

"Sebagai contoh, mereka memenangi beberapa perlawanan dengan hanya 1-0.

"Ketika berada di United sebelum ini, saya berdepan dengan situasi yang sama, menang 1-0 untuk lapan perlawanan. Dan itulah yang membuatkan kami bergelar juara musim itu.

"Kemenangan 1-0 amat penting kerana ia memberikan mata penuh.

"Mereka mempunyai keazaman dan tidak takut berdepan dengan apa sahaja situasi.
Claudio Ranieri


"Saya juga tidak nampak sebarang tekanan yang dialami pengurus itu. Sikap tenangnya menjadi faktor kejayaan mereka.

"Apa yang saya nampak, hanya Tottenham sahaja yang boleh memberi kesukaran kepada Leicester. 

"Corak permainan Spurs sekarang adalah yang terbaik berbanding beberapa tahun sebelum ini. Tetapi Leicester mempunyai kelebihan mata," tambah Ferguson.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Kolumnis

iklan

Iklan