FAM Gantung Zulhamizan Tujuh Bulan

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 9:35 PM

Zulhamizan Zakaria. Foto Facebook Kuantan FA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria digantung tujuh bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak berkuat kuasa serta-merta dan didenda RM3,000 selepas berkelakuan liar dalam dua aksi Liga Perdana.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati Zulhamizan bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil semasa aksi antara Kuantan FA dan UiTM FC di Stadium UiTM FC, Shah Alam, 26 Februari lepas.

Zulhamizan turut didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan sewaktu perlawanan menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Mac lepas, demikian menurut FAM dalam kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu juga menambah Nick Sham Abdullah digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak serta didenda RM1,500 kerana bertindak sebagai jurulatih skuad Malaysian All Stars pada aksi persahabatan menentang Persib Bandung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia pada 24 Oktober tahun lepas.

Tiga pemain skuad Piala FAM, M. Anbalagan (Megah Murni), Muhammad Fauzi Abdul Kadar (MISC-MIFA) dan pemain Kilat FC, Ahmad Faizal Md Salleh masing-masing digantung dua bulan berkuat kuasa serta-merta dan didenda RM1,500. 

Hukuman itu dikenakan ke atas mereka selepas terlibat dalam perlawanan antara Malaysian All Stars dan Persib Bandung yang tidak mendapat pengiktirafan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Dalam pada itu, pemain Sabah, Maxsius Musa digantung empat perlawanan serta didenda RM2,000 setelah didapati bersalah menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil semasa aksi Liga Perdana menentang Melaka di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 11 Mac lepas.

Keputusan itu menyaksikan pemain berkenaan terlepas aksi Liga Perdana menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada 4 April.

Maxsius turut terlepas tiga aksi lain iaitu suku akhir kedua Piala FA menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada Jumaat, serta dua aksi Liga Perdana berdepan Sime Darby FC di Stadium Likas (8 April) dan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka (19 April).

Pemain Perlis, Azmizi Azmi pula digantung dua perlawanan selepas didapati bersalah berkelakuan ganas terhadap pemain Kuala Lumpur pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 5 Mac lepas.

Azmizi bagaimanapun hanya perlu menjalani satu penggantungan melibatkan pertemuan dengan DRB-HICOM FC di Stadium Proton, Tanjung Malim, 4 April ini selepas menjalani penggantungan automatik sewaktu menentang PKNS FC pada 11 Mac lepas.

Penyerang import Kuala Lumpur, Mario Karlovic pula digantung dua perlawanan selepas didapati bersalah berkelakuan ganas terhadap pemain Perlis pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 5 Mac lepas.

Karlovic dari Australia bagaimanapun hanya perlu menjalani satu penggantungan melibatkan aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Perak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, esok selepas menjalani penggantungan automatik sewaktu suku akhir pertama Piala FA itu, 19 Mac lepas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Zulhamizan Zakaria , Kuantan FA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan