Ejen Mula Bincang Perpindahan Yaya Toure Dengan Kelab Lain

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 7:19 AM

Yaya Toure

(Ubah saiz teks)

MERASAKAN kliennya tidak dihargai oleh Manchester City seperti yang sepatutnya, ejen kepada pemain Yaya Toure memulakan langkah dengan berkomunikasi dengan beberapa kelab untuk berbincang tentang kemungkinan perpindahan.

Ejen Toure, Dimitri Seluk, sebelum ini pernah memberi peringatan kepada City bahawa jika kontrak baharu untuk Toure tidak disepakati secepat mungkin, Seluk akan mula berbincang dengan kelab lain.

Kontrak Toure dengan City berbaki setahun lagi dan masa depan pemanin itu menjadi tanda tanya kerana bermula musim depan, City akan dilatih oleh Pep Guardiola, orang yang pernah melepaskannya dari Barcelona.

Setakat ini City masih belum memberikan tawaran kontrak baharu untuk Toure. Tidak mahu menunggu, Seluk memilih untuk mencari kelab baharu untuk kliennya.

"Mulai sekarang kami mula berbincang dengan beberapa kelab lain tentang kepindahan Yaya pada musim panas," kata Seluk memetik The Sun.

"City tidak melakukan apa-apa yang wajar. Yaya telah memberikan segala-galanya untuk mereka dan kami tidak merasakan situasi ini adalah cara yang tepat untuk menunjukkan betapa mereka menghargai dirinya," kata Seluk.

Toure, 32 tahun, musim ini telah tampil dalam 39 perlawanan bersama City dan menyumbang lapan gol.


Tags / Kata Kunci: Yaya Toure , Dimitri Seluk

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan