Falsafah Bola Sepak Perlu Diterap Di Setiap Negeri - PPBN

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 9:25 AM

Bekas Pengarah PPBN, Lim Kim Chon menunjukkan teknik latihan sepakan kepada salah seorang pemain muda PPBN di Sekolah Sukan Malaysia, Gambang pada tahun 2010.

(Ubah saiz teks)

PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang dilancarkan dua tahun lalu bukan hanya mencungkil bakat-bakat muda dari akar umbi semata-mata, sebaliknya aspek pembangunan kejurulatihan turut melalui proses transformasi tersendiri.

Malah dalam ‘blueprint’ Pelan PPBN Fasa Pertama ini menjelaskan mengenai lima strategik dan objektif tertentu yang mana antara salah satunya  “ ialah bagi meningkatkan pembangunan kejurulatihan yang lebih ramai dan berkeupayaan tinggi untuk memastikan pelan ini berjaya dilaksanakan” (intipati teras strategik).

Tidak dinafikan salah satu faktor keberkesanan program pembangunan ini adalah jurulatih yang diberi tugas untuk menerapkan falsafah atau DNA permainan bola sepak negara secara menyeluruh di setiap peringkat.

Namun hakikatnya ia bukanlah tugas mudah untuk bagi sesetengah jurulatih remaja menerapkan DNA ini seperti yang dilihat di atas kertas.

Pengarah Kanan PBBN, Safirul Azli Abu Bakar mendedahkan sebahagian daripada Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KRN) gagal menyalur falsafah program ini kepada pasukan masing-masing dan ia telah memberi kesan kepada bakat-bakat muda.

"Ada diantara mereka yang sukar menerima perubahan. Sebenarnya modul program menjadi asas untuk membentuk sebuah pasukan muda.

"Kita selalu mengadakan kursus dan sebagainya untuk jurulatih-jurulatih ini dan berharap apa yang mereka terima itu akan dikongsikan kepada jurulatih-jurulatih di bawah seliaan mereka.

"Tapi...sebaliknya berlaku. Mentaliti mereka yang menganggap pengalaman menjadi jurulatih sebelum ini sudah cukup dan tidak perlu menambah atau mengubah apa-apa," jelasnya kecewa ketika ditemui mStar Online.

Jelas Safirul, mereka (jurulatih) mempunyai sikap ego untuk belajar perkara baharu walaupun rata-ratanya meminati gaya bola sepak eropah yang jauh lebih moden.

"Ketika kursus kejurulatihan dijalankan, mereka kelihatan teruja dan bersemangat, tetapi sebaik sahaja pulang ke negeri masing-masing, ilmu itu tidak digunakan.

"Ada yang ego dan ada juga yang takut dikatakan ‘berlagak’ jika mereka cuba berkongsi pengetahuan itu.

"Malah mereka ini juga cepat leka dengan gaya latihan sendiri dan sebab itulah pihak kami sentiasa cuba mengadakan kursus (refresh) agar mereka berada di landasan yang betul.

"Yang jelas, sebahagian daripada mereka melatih pelatih-pelatih muda hanya untuk menang semata-semata.

"Seperti yang pernah ditekankan oleh Pengarah PPBN, Lim Teong Kim perlawanan bukan hanya untuk menang, tetapi melihat bagaimana pemain-pemain menyelesaikan masalah di atas padang, membuat kesilapan dan mengajar cara bermain bola sepak yang betul," ujarnya.

Menurut Safirul, sikap terlalu inginkan kemenangan terbawa-bawa ketika melatih bakat-bakat muda ini.

"Ada jurulatih negeri yang mengurus pasukan sekolah beraksi dalam Liga Piala Remaja KPM. Dan saya akui liga ini pentingkan kemenangan.

"Dan sebab itulah skuad PPBN tidak menyertai liga ini kerana ia tidak selari dengan objektif program kita. Tetapi PPBN ada liga sendiri yang melibatkan semua skuad negeri dalam kategori masing-masing.

"Jadi saya harap penjelasan mengapa skuad PPBN tidak menyertai Liga KPM sudah terjawab," katanya.


Nota: Bagi pembaca yang menyokong PPBN disarankan mencalon pasukan tersebut sebagai Pasukan Sukan Pilihan Online bagi Anugerah Pilihan Online (#APO2016) di laman web tersebut  http://apo.mstar.com.my/utama.aspx

 

 

Tags / Kata Kunci: PPBN , NFDP , Jurulatih

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan