Malaysia Sekadar Seri 0-0 Dengan Macau

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 11:00 PM

Pemain Malaysia, Mohd Nazrin Nawi bergelut dengan penjaga gol Macau, Ho Man Fai pada perlawanan persahabatn di Stadium Hang Jebat, Selasa malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Malaysia sekadar seri 0-0 berdepan Macau pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, malam Selasa.

Walaupun menguasai permainan pada separuh masa pertama, anak buah Datuk Ong Kim Swee gagal membolosi gawang Macau, yang berada di ranking lebih rendah dari Malaysia.

Peluang terbaik Harimau Malaysia pada separuh masa pertama hadir pada minit ke-37 hasil hantaran Matthew Davies kepada Mohd Nazrin Mohd Nawi, namun rembatan Mohd Nazrin terkena tiang.

Bersambung babak kedua, Malaysia memperoleh banyak peluang menjaringkan gol, namun ketumpulan jentera serangan negara diterajui Norshahrul Idlan Talaha, menafikan segala peluang terhidang.

Pemain tengah negara Mohd Hafiz Kamal yang dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Muhammad Nazmi Faiz Mansor, hampir memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma pada minit ke-78, namun ketangkasan penjaga gol Macau, Ho Man Fai menghampakan pasukan tuan rumah.

Man Fai sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menepis tandukan ketua pasukan Malaysia, Mohd Amri Yahyah.

Mohd Hafiz sekali lagi kecewa apabila sepakan percumanya pada minit akhir permainan terkena palang.

Ketua Jurulatih Macau Tam Lao San dan pemainnya jelas gembira dengan keputusan itu kerana pasukan berkenaan yang berada di ranking ke-195 dunia, berjaya mengikat Malaysia yang berada di kedudukan ke-166 dunia.

Pasukan:

MALAYSIA: Mohd Izham Tarmizi, Matthew Davies (Wan Zack Haikal Wan Noor), Nazirul Naim Che Hashim (Yong Kuong Yong), Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Nazrin Mohd Nawi (Mohamad Amirul Hisham), Baddrol Bakhtiar (Brendan Gan), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Joseph Kalang Tie), Mohd Amri Yahyah (kapten).

MACAU: Ho Man Fai, Lee Chi Kin, Lao Pak Lin (Lei Ka Him), Chan Man, Cheang Cheng Leong (kapten), Leong Ka Hang, Ho Chi Fong (Kam Chi Hou), Pereira Oliveira Teixeira, Pang Chi Hang , Cordeiro Duarte Filipe, Leong Tak Wai - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Macau

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan