Mike Mullvey Sah Ketua Jurulatih Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 10:06 PM

Mike Mullvey.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pengendali sementara Terengganu, Mike Mullvey sah dilantik ketua jurulatih pasukan itu untuk baki Liga Malaysia musim ini.

Keputusan itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid pada Selasa.

"Jurulatih itu telah sah memikul tanggungjawab tersebut dan telah menandatangani kontrak untuk musim ini," katanya ketika dihubungi.

Pelantikan itu lebih awal daripada jangkaan kerana sebelum ini PBSNT memutuskan kedudukan ketua jurulatih pasukan berkenaan hanya akan diketahui selepas perlawanan menentang Felda United di laman sendiri pada 4 April ini.

Mullvey, 53, yang berasal dari Manchester, England sebelum ini mengambil tugas sebagai jurulatih sementara pasukan itu bagi menggantikan Ahmad Yusof yang direhatkan ekoran prestasi buruk hingga menyebabkan skuad Penyu tersingkir awal dalam kempen Piala FA musim ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Mike Mullvey

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan