Zlatan Ibrahimovic Jadi Sasaran Utama West Ham

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 7:41 AM

Zlatan Ibrahimovic. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic merupakan senarai teratas untuk West Ham dalam sasaran perpindahan pemain bagi musim depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Bersama West Ham, David Sullivan.

Ibrahimovic akan menamatkan kontraknya bersama PSG pada akhir musim ini.

Terdahulu, beliau mengakui bahawa dia berminai untuk menyertai sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris.

West Ham sedang meneliti pihak yang mahu mendapatkan pemain kelahiran Sweden itu.

Sullivan mendedahkan penyerang itu merupakan keutamaan West Ham bagi musim 2016-2017.

"Kita mempunyai senarai kira-kira 10 penyerang dari seluruh Eropah dan kebanyakan wang yang kita peruntukkan adalah untuk mendapatkan penyerang, katanya kepada talkSPORT.

"Ia merupakan rancangan untuk musim depan.

"Saya berminat untuk mendapatkan Ibrahimovic dari PSG, tetapi kita tak tahu sama ada dia akan datang kepada kita atau tidak.

"Saya tahu dia berusia 34 tahun tetapi dia seorang pemain yang bagus," ujar Sullivan.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan