Persahabatan: Romania Ikat Sepanyol Seri Tanpa Jaringan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 10:04 AM

Pemain Romania Adrian Popa (tengah) cuba menghalang pemain Sepanyol Jordi Alba (kiri) dan Marc Bartra ketika aksi persahabatan awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

ROMANIA mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan selepas mengikat juara Eropah, Sepanyol seri tanpa jaringan di Cluj Arena dalam aksi persahabatan awal pagi Isnin.

Pasukan Anghel Iordanescu yang tewas dua gol kepada Ireland Utara dalam aksi kelayakan akhir Euro 2016 bagi Kumpulan F dilihat sekali lagi menggunakan formasi pertahanan bagi mengekang serangan anak buah Vincent del Bosque.

Manakala Del Bosque melakukan sepuluh pertukaran sejak mencatat keputusan seri 1-1 kepada Itali di Udine pada Khamis lalu.

Sepanyol ternyata sukar melepasi benteng pertahanan Romania yang diketuai Vlad Chiriches dan Dragos Grigore.

Sementara itu, penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas yang kini beraksi untuk kelab Porto mencatat kap yang ke-166 mempamerkan aksi  mantap pada babak pertama dengan menafikan percubaan Stanciu.

Bagaimanapun 'kedegilan' kedua-dua pasukan menyaksikan mereka gagal meraih sebarang gol sehinggalah tempoh perlawanan tamat.

Tags / Kata Kunci: Perlawanan Persahabatan , Romania , Sepanyol

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan