Conte Disaran Jadi Diri Sendiri, Belajar B.Inggeris

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN barisan hadapan Itali, Graziano Pelle percaya Antonio Conte akan berjaya di Liga Perdana Inggeris jika dia sah menjadi pengurus tetap Chelsea yang seterusnya.

Conte yang dijangka akan menggantikan pengurus sementara Chelsea Guus Hiddink di Stamford Bridge, telah mengumumkan hasrat untuk meninggalkan peranannya sebagai jurulatih Itali, selepas berakhirnya Euro 2016 di Perancis.

Sky in Italy pada bulan Februari melaporkan bahawa Conte dijangka menandatangani perjanjian tiga tahun untuk bersama Chelsea.

"Jurulatih itu mempunyai kualiti untuk berjaya dalam mana-mana kejohanan. Jika dia memilih untuk datang ke Liga Perdana Inggeris, maka kedatangannya sangat dialu-alukan," kata Pelle memetik Rai Sport.

"Ia adalah satu liga yang sukar, tetapi saya yakin Conte akan berjaya. Apabila berdepan gosip, akhbar Inggeris benar-benar sukar tetapi dari segi itu saya fikir jurulatih ini tidak mempunyai apa-apa untuk dibimbangkan.

"Apabila bercakap mengenai bola sepak, saya fikir media Itali mungkin lebih mencabar, tetapi ia adalah sesuatu yang dapat dijangka dalam sukan ini."

Walaupun memberi sokongan kepada Conte terhadap perpindahannya ke Liga Perdana, pemain Southampton itu juga merasakan adalah penting untuk jurulatih berusia 46 tahun itu belajar bahasa Inggeris sebelum berpotensi membimbing skuad Chelsea.

"Saya nasihatkan dia untuk menjadi dirinya sendiri, kerana dia adalah pemenang dan perubahan budaya atau liga tidak akan mengubah sikapnya. Dia hanya perlu menukar bahasanya. Jadi saya nasihatkannya untuk belajar bahasa Inggeris," tambah Pelle.

"Claudio Ranieri pada masa ini berada puncak Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City, dan ia mengesahkan bahawa Itali mempunyai banyak jurulatih yang sangat baik.

"Oleh itu, saya saya tidak bimbang dan yakin jurulatih Itali seterusnya akan melakukan dengan baik, walau siapa pun dia," katanya.
Tags / Kata Kunci: Graziano Pelle , Antonio Conte , Euro 2016

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan