Inter Milan Bersungguh Mahukan Lionel Messi

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 8:00 AM

Messi mencipta sejarah apabila menjaringkan gol ke-19 berturut-turut dalam aksi La Liga.

Lionel Messi

(Ubah saiz teks)

HASRAT kelab bola sepak Itali, Inter Milan yang mahu membawa masuk Lionel Messi bukan lagi rahsia.

Ini kerana, pemilik kelab itu, Eric Thohir dan wakil presiden, Javier Zanetti pernah menyatakan niat mendapatkan penyerang berusia 28 tahun itu meneruskan kariernya di Giuseppe Meazza suatu hari nanti.


Kini keinginan La Beneamata semakin kuat apabila pembantu jurulatihnya, Sylvinho, mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat mengimpikan Messi bermain dengan Inter Milan.

"Siapa yang saya mahu lihat bermain untuk Inter Milan? Pertanyaan yang sangat mudah, tentulah jawabnya Lionel Messi!" kata Sylvinho, memetik laman rasmi kelab.

"Dia berlatih seperti biasa seperti orang lain, tetapi dia sangat pintar dan berbakat. Messi adalah salah seorang pemain terbaik sepanjang masa," katanya.


Sebelum itu, bekas pemain Argentina, Juan Sebastian Veron juga pernah menyatakan bahawa La Pulga berkeinginan bermain untuk Inter Milan.
Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Sylvinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan