Vida Tak Perlu Membazir - Pesan PPBN

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 9:07 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA  LUMPUR: Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) menasihatkan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman supaya tidak membazirkan dana yang ada untuk mendapatkan Lim Teong Kim, sebaliknya mewujudkan kerjasama antara Akademi Datuk Seri Vida (DSV) dengan PPBN.

Hasmiza atau Vida pada Khamis dilapor ingin mendapatkan khidmat Teong Kim Yang merupakan Pengarah PPBN bagi mengemudi akademi bola sepak yang akan ditubuhnya.

Pengarah Kanan PPBN, Safirul Azli Abu Bakar berkata, pihaknya yang telah menjalankan pelbagai usaha untuk melahirkan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa untuk negara di setiap negeri sedia bekerjasama dengan Akademi DSV.

“Tidak perlu membazir untuk buat program pembangunan lain kerana kami memang melatih bakat-bakat terbaik di setiap negeri.

“Kaedah dan falsafah latihan yang diguna pakai di Kelantan juga adalah sama seperti apa yang diajar Teong Kim,” jelasnya kepada mStar Online.

Jelas Safirul, lebih baik sekiranya pihak Akademi DSV dapat berbincang dengan PPBN bagaimana untuk menjalinkan kerjasama bagi menambaik pusat-pusat PPBN di Kelantan.

“Kita memang terbuka untuk berbincang dengan semua persatuan bola sepak negeri. Malah sekarang  kami dalam peringkat akhir perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

“Untuk rekod, Kelantan kini mempunyai Akademi Tunas di Kota Bharu (dua buah pusat latihan daerah), Pasir Puteh (1), Tanah Merah (1) dan sebuah Sekolah Sukan Negeri Kelantan,” ujarnya.

Pada Khamis, Vida yang berada di London memberitahu mStar Online, beliau mahu mendapatkan khidmat Teong Kim kerana berpengalaman luas dalam melahirkan pemain bola sepak bertaraf dunia seperti Thomas Muller ketika membimbing skuad remaja Bayern Munich.

Malah, usahawan wanita itu menyedari khidmat jurulatih memainkan peranan besar dalam membentuk pemain muda berkualiti, berdisiplin dan berkemahiran tinggi.

Dalam pada itu, laporan mStar Online turut mendapat reaksi Setiausaha Akhbar Menteri Belia dan Sukan iaitu Regina Lee yang meminta Safirul tidak melepaskan Teong Kim.

Selain itu dalam twit peribadi, Faliq Firdaus pula menjelaskan Teong Kim memberitahu beliau mempunyai misi besar untuk PPBN dan mengirim salam kepada Vida.

Tags / Kata Kunci: PPBN , NFDP , Vida , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan