"Pemain Tiada Disiplin Boleh Tinggalkan Chelsea" - Conte

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

BAKAL Ketua Jurulatih Chelsea, Antonio Conte memberi amaran kepada pemain bertaraf bintang kelab itu untuk tidak 'melawan arus' jika ingin kekal di Stamford Bridge.

Jurulath Itali berusia 46 tahun itu akan dilantik sebagai pengendali Chelsea selepas tamat saingan Euro 2016.

"Saya mahu pemain yang mempunyai adab dan rasa hormat.

"Mereka akan dapat (penghormatan) daripada saya dan saya mahukan itu daripada mereka. Saya tidak pernah percaya kepada pemain yang tidak mempunyai adab," jelasnya.

Conte dilapor telah bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun untuk menggantikan jurulatih sementara Guus Hiddink di Chelsea.

Bekas jurulatih Juventus itu juga dilabel sebagai seorang yang tegas dan tidak suka kepada pemain yang mempunyai masalah disiplin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan