Vida Mahu 'Rampas' Lim Teong Kim Daripada PPBN

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berhasrat untuk mendapatkan khidmat Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim bagi mengemudi Akademi Bola Sepak DSV (Datuk Seri Vida) yang ingin ditubuhkannya.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata latar belakang Teong Kim yang berpengalaman luas dalam bidang bola sepak menjadikan beliau sebagai calon paling layak untuk menerajui akademi tersebut.

Malah, usahawan wanita itu menyedari khidmat jurulatih memainkan peranan besar dalam membentuk pemain muda berkualiti, berdisiplin dan berkemahiran tinggi.

"Pokok pangkalnya, jurulatih itu merupakan asas kepada sebuah pasukan yang mantap. Jurulatih itu sebenarnya yang akan mengasah bakat pemain untuk digilap menjadi pemain bintang.

"Oleh itu saya fikir Teong Kim merupakan jurulatih yang berkelayakan untuk mengemudi akademi saya nanti. Saya percaya beliau mampu membawa perubahan terhadap bola sepak negara" katanya kepada mStar Online pada pagi Rabu.

Menurut Vida, beliau amat mengagumi akademi bola sepak remaja Bayern Munich yang pernah diterajui Teong Kim sehingga berjaya melahirkan bintang ternama.

"Saya mahu menubuhkan sebuah akademi ternama seperti Akademi Bayern Munich. Itu merupakan impian saya bagi memenuhi hasrat dua arwah anak lelaki saya yang amat meminati bola sepak," katanya.

Sebelum ini, Teong Kim pernah melatih Akademi Remaja Bayern Munich pada tahun 2001 hingga 2011 dan bertanggungjawab melahirkan pemain terkemuka dunia seperti Thomas Muller bagi pasukan Jerman.

Beliau kembali ke Malaysia pada 2013 dan mengikat kontrak selama lima tahun dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai Pengarah Teknikal PPBN.

Pada Jun tahun lalu, skuad bola sepak Bawah 13 (B-13) PPBN kendalian beliau melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Remaja Piala Iber Costa del Sol 2015 di Sepanyol dengan membenam kelab Portugal, Sporting Lisbon 2-1.

Susulan itu, Vida berharap agar Teong Kim sedia mempertimbangkan tawaran tersebut sebaik sahaja akademi bola sepak miliknya ditubuhkan nanti.

"Saya mahu beliau mempertimbangkan tawaran ini agar akademi yang ditubuhkan nanti dapat melahirkan ramai pemain ternama sebagaimana yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Saya tahu beliau seorang yang tegas, itulah yang saya mahukan agar kita tidak ketandusan bakat muda yang menjadi pelapis kepada skuad negara," katanya..

Pada Sabtu lalu, Vida berhasrat menubuhkan Akademi Bola Sepak DSV yang akan memberi tumpuan kepada pemain berusia 13 hingga 18 tahun di Kelantan.

Untuk permulaan, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, akademi tersebut akan mengambil kemasukan seramai 30 pemain berbakat setiap tahun.

Malah katanya, pemain akan dipilih menerusi proses saringan yang ketat dengan mengambil kira kemahiran mengawal bola serta tahap kecergasan.

Tags / Kata Kunci: PPBN , NFDP , Vida , DSV

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan