Kedah Idam Piala FA, Sasar Final Piala Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 5:54 PM

Ahmad Bashah bersama kepimpinan KFA selepas dilantik sebagai presiden pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin bangkit dan mampu menjuarai Piala FA musim ini selain menyasarkan pasukan itu mampu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Presiden KFA yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata bagi merealisasikan hasrat itu, semua pihak termasuk penyokong diminta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan itu.

"Buat masa ini yang terdekat kita mengharapkan dapat menjuarai Piala FA dan pasukan mampu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini walaupun ia bukan senang untuk dicapai.

Insya-Allah kita akan cuba memenuhi harapan semua pihak agar pasukan Kedah dapat mencipta kejayaan dan saya yakin komitmen semua pihak, hasrat ini mampu dicapai," katanya selepas Kongres Luar Biasa (EGM) persatuan itu di sini, Khamis.

Pada EGM itu, Ahmad Bashah yang sebelum ini merupakan timbalan presiden telah dipilih sebulat suara sebagai Presiden KFA yang baharu bagi menggantikan bekas presiden, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah itu berkata tiada yang mustahil untuk mencapai impian itu seperti mampu menjuarai Liga Perdana musim lalu yang melayakkan pasukan itu beraksi ke Liga Super musim ini.

"Selepas ini saya akan bertemu dengan semua kelab gabungan bagi merapatkan hubungan dengan semua pihak agar dapat kita rangkakan lebih banyak program bagaimana untuk membangunkan sukan ini," katanya.

Katanya KFA juga sudah merangka beberapa program berkenaan bagi melahirkan pelapis sukan itu pada masa hadapan.

Mengenai penajaan, Ahmad Bashah berkata kini perundingan bersama D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kini sudah diperingkat akhir perbincangan.

"Insya-Allah akan ada berita baik dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Ketika berucap Ahmad Bashah turut merakamkan ucapan terimakasih kepada Mukhriz atas sumbangannya sebagai presiden sebelum ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan