Liga Juara-Juara: Atletico 'Kurang Senang' Berdepan Barca

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 7:17 AM

Sebahagian daripada pemain Atletico Madrid.

(Ubah saiz teks)

ATLETICO Madrid berdepan ujian berat di suku akhir Liga Juara-Juara di mana mereka harus bersaing dengan juara bertahan Barcelona.

Walaupun kurang selesa dengan lawannya itu, Los Colchoneros akan berusaha sedaya-upaya untuk mara ke peringkat seterusnya.

Atletico akan bertandang ke Camp Nou dalam perlawanan suku akhir pertama pada 5 April ini sebelum pasukan bimbingan Diego Simeone ini bermain di laman sendiri di Vicente Calderon, seminggu kemudian.


Dalam tiga musim terakhir ini, Atletico sering berdepan pasukan dari Sepanyol di suku akhir Liga Juara-Juara. Pada 2013/2014, mereka juga bertemu Barca di suku akhir.

Ketika itu Atletico mencatat keputusan seri 1-1 di Camp Nou dan kemudian menang 1-0 di kandang sendiri. Keputusan itu memberikan tiket separuh akhir buat Atletico dan seterusnya ke final sebelum dikalahkan Real Madrid.

Namun, sejak kebelakangan ini Atletico mempunyai rekod pertemuan yang kurang baik dengan Barca. Keputusan 1-0 dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara 2013/2014 adalah kemenangan terakhir mereka atas Barca.


Seterusnya, Atletico seri sekali dan kalah enam kali berturut-turut berdepan lawan yang sama.

Penyerang Atletico, Luciano Vietto, mengakui bahawa Barca bukanlah lawan ideal untuk pasukannya di suku akhir. Bagaimanapun, dia tidak mahu menyerah sebelum bertanding.

"Barcelona adalah pasukan yang tidak ingin kami hadapi, tapi kami harus melawan mereka dan kami akan melakukan segalanya untuk mara ke babak berikutnya," kata Vietto.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan