Ronaldo Bakal Disaman, Nafi Beli Apartment Di New York

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 7:21 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo berdepan dengan saman berjumlah 7.8 juta pound (45juta) selepas Proto Enterprises membuat dakwaan mahkamah berkaitan dengan fitnah dan kenyataan palsu yang dibuat oleh bintang Portugal itu mengenai sebuah apartment mewah di New York.

Proto Enterprises yang diketuai jutawan Alessandro Proto mendakwa, pihaknya telah menjual apartment mewah di Trump Towerdi Fifth Avenue, New York kepada Ronaldo tahun lalu.

Bagaimanapun Ronaldo menafikannya dan bercadang untuk membeli  kediaman (favela) di Brazil.

Jurucakap Ronaldo berkata:"Nama dan imej Cristiano telah digunakan beberapa kali oleh syarikat yang memberi maklumat tidak benar dan maklumat yang diberikan mereka itu dijadikan kes mahkamah dalam sistem perundangan Itali."

Namun Proto mengeluarkan kenyataan balas pada Ahad lalu.

Syarikat itu mendedahkan kepada Sportsmail pada Isnin bahawa mereka telah membuat aduan kepada Mahkamah di Madrid mengenai fitnah dan kenyataan palsu.

Menurut kenyataan: "Aduan fitnah dan kenyataan palsu dibuat terhadap Ronaldo. Kami menuntut ganti rugi sebanyak 10 juta euro.

"Setelah mendaftar pemilik apartment sebenar di Amerika Syarikat, kami perlu mengisytiharkan kepada pihak berkuasa bahawa apartment yang dibeli oleh Ronaldo telah didermakan kepada rakan baiknya dari Maghribi, Badr Hari.

Ronaldo bersama kawan baiknya, Badr Hari.


"Mungkin perkara itulah yang mengganggunya dan sebelum ini dia tidak pernah berkata apa-apa mengenai pembelian apartment ini. Sekarang, kami menunggunya (maklum balas). 

"Maaf  jika rahsia Ronaldo diketahui umum, tetapi undang-undang di Amerika Syarikat sangat ketat dan kami hanya menjalankan tugas. 

"Aduan terhadap Ronaldo berkenaan kata-katanya yang menentang kami telah dibuat dan dibentangkan".

Kediaman mewah itu dibina pada tahun 1983, dan diubahsuai oleh Juan Pablo Monyneux yang dapat melihat panorama di Central Park, Hudson River, bangunan paling ikonik Empire State Building di Manhanttan, Chrysler Building dan Freedom Tower.
Tags / Kata Kunci: Cristian Ronaldo , New York

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan