KFA Lantik Ahmad Bashah Sebagai Presiden, Umum Tajaan D'Herbs

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Khamis ini bagi melantik Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai presiden badan bola sepak negeri itu.

Pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu itu sebagai presiden KFA dibuat susulan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah pada 3 Februari lalu.

Menurut sumber di Alor Star, menerusi EGM itu juga, KFA akan memuktamadkan isu penajaan melibatkan dana jutaan ringgit daripada pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Difahamkan KFA dan Aliff Syukri sudah mencapai kata putus bagi merancakkan lagi kempen Liga Malaysia untuk pasukan Helang Merah itu.

Bagaimanapun Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu mengambil pendirian untuk 'mengunci mulut' daripada mengulas mengenai isu penajaan berkenaan.

Ahmad Bashah sendiri seakan memberi bayangan mengenai kerjasama itu apabila mula menggunakan hashtag #TerlajakGol dalam postingnya di Facebook pada petang Selasa.

Menerusi posting berkenaan Ahmad Bashah memuat naik gambar Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah; Setiausaha Kehormat, Datuk Aminuddin Omar dan Bendahari, Datuk Yusof Ismail bersama Aliff Syukri selepas kedua-dua pihak selesai mengadakan perbincangan.

"Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi dan doakan yang terbaik untuk Helang Merah," tulis Ahmad Bashah.

Tags / Kata Kunci: D'Herbs , EGM , KFA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan