Baki Dua Hari Latihan Penentu Kesebelasan Utama - Kim Swee

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 11:57 PM

Datuk Ong Kim Swee

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Baki latihan selama dua hari bermula esok, bakal menjadi penentu kepada 23 pemain bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan berdepan Arab Saudi di tempat lawan, Khamis ini.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkata walaupun sudah mempunyai bayangan awal kesebelasan utama yang bakal diturunkan, beliau tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan berhubung pemilihan pemain.

Malaysia akan berdepan gergasi Asia Barat itu pada aksi terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah pada 8.30 malam Khamis waktu tempatan (1.30 pagi Jumaat waktu Malaysia).

"Saya perlu memikirkan setiap posisi di mana ia amat penting dan posisi berkenaan harus mempunyai pemain sokongan. Jika apa-apa berlaku kepada pemain utama saya boleh menurunkan pemain sokongan ini," katanya ketika dihubungi dari Arab Saudi, Selasa.

Dalam pada itu, Kim Swee menjelaskan fokusnya kini lebih terarah kepada memperkukuhkan barisan pertahanan negara memandangkan penyerang Arab Saudi mempunyai rekod jaringan yang baik sama ada di laman sendiri mahupun tempat lawan pada aksi pusingan kelayakan kali ini.

"Kita harus berwaspada terutamanya ketika bertahan namun pada masa yang sama, kita perlu memikirkan cara melakukan serangan balas.

"Bagi saya, tidak kira mana-mana pemain pihak lawan yang diturunkan nanti, pemain Arab Saudi mempunyai kualiti tersendiri dan mereka merupakan pemain berpengalaman sama ada di peringkat liga negara mereka mahupun di peringkat Asia," jelas Kim Swee.

Dalam perkembangan sama, beliau yakin beberapa pemain utama skuad kebangsaan daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti Safiq Rahim dan S. Kunanlan akan kembali pulih daripada keletihan menjelang aksi menentang Arab Saudi itu.

"Pemain-pemain ini belum pulih sepenuhnya kerana beraksi dalam banyak perlawanan dan terus terbang bersama kita (semalam) dan saya percaya mereka akan pulih sepenuhnya apabila kita bermain dengan Arab Saudi nanti.

"Mereka perlu melalui program pemulihan dan daripada hari kita tiba, mereka bertambah baik," kata Kim Swee.

Malaysia perlu mencatat kemenangan ke atas Arab Saudi bagi mengelak beraksi di peringkat kalah mati ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan