Proses Pemulihan Pemain Fokus Utama Kim Swee

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Proses pemulihan pemain menjadi fokus utama Ketua Jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee sebelum skuad negara itu berdepan Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan pada 24 Mac ini.

Jurulatih kelahiran Melaka itu mengakui tujuh pemain Johor Darul Ta'zim yang melapor diri hari ini masih lagi keletihan selepas beraksi pada suku akhir pertama Piala FA menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.    

"Kemungkinan besar saya akan menjalankan latihan ringan esok sebelum menjalani latihan intensif terutamanya taktikal permainan pada 22 Mac ini dan menurunkan kembali intensiti latihan sehari sebelum berdepan Arab Saudi," katanya.    

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum Harimau Malaysia berlepas ke Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad.

Menurutnya kesebelasan utama yang bakal diturunkan berdepan Arab Saudi nanti hanya akan ditentukan dalam tempoh tiga hari latihan bermula Isnin.

Pada masa sama, Kim Swee menuntut pemainnya supaya mempamerkan aksi lebih berdisiplin dan tersusun memandangkan gergasi Asia Barat itu semestinya akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan.      

Sementara itu, kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim mengharapkan bantuan rakan sepasukan untuk mempamerkan aksi terbaik berdepan Arab Saudi terutamanya bagi mengembalikan semula maruah skuad kebangsaan susulan prestasi hambar dalam beberapa perlawanan pusingan kelayakan sebelum ini.    

Beliau menjelaskan tugas menjaringkan gol tidak hanya diletakkan di bahunya kerana semua pemain turut bertanggungjawab di atas keputusan berdepan Arab Saudi nanti.    

"Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan lalu dan kita buat sesuatu di sana.Kita tahu Arab Saudi adalah satu pasukan yang terbaik di Asia.      

"Bagi saya, kita perlu ambil perlawanan ini secara serius untuk mengembalikan semula maruah skuad kebangsaan," katanya.    

Malaysia akan berdepan Arab Saudi di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah pada 8.30 malam Khamis waktu tempatan (1.30 pagi Jumaat waktu Malaysia).-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Harimau Malaysia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan