Wajah Baharu Akademi Bolasepak Negara 2018 - Bola Sepak | mStar

Wajah Baharu Akademi Bolasepak Negara 2018

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang dijangka beroperasi sebaik sahaja kerja-kerja menaiktaraf siap dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2018.

AMD bertaraf lima bintang itu bakal menjadi pusat pemain-pemain muda terbaik dari pelosok negara menimba ilmu bola sepak.

Menurut Pengarah Kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Safirul Azli Abu Bakar, Fasa I proses menaik taraf akademi terutamanya padang sudah selesai dan sedia digunakan.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada kami Fasa II yang bermula sejak Januari lalu dan baki lima lagi padang akan siap dalam tempoh 18 bulan.

“Jadi tempoh terbaik AMD kembali dibuka adalah pada awal 2018. Lima padang yang telah siap kini digunakan bagi kejohanan Liga Belia Bawah 16 dan 17 Tahun sebagai home.

“Salah satu padang yang siap itu menggunakan rumput jenis Bermuda yang diambil dari Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala empat lagi menggunakan ‘Cow Grass, manakala tiga daripada lima padang dalam Fasa II ini menggunakan rumput tiruan,” jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Menurut Safirul, sebaik sahaja AMD ini siap sepenuh, ia bakal menempatkan seramai 375 pelatih berusia antara 13 hingga 17 tahun.

“Seramai 75 pelatih dipilih dalam setiap peringkat umur. Dan AMD ini akan menjadi pusat PPBN sepenuhnya,” jelasnya sambil menambah proses menaik taraf AMD ini turut melibatkan dewan, pusat pentadbiran, asrama serta kemudah-kemudahan lain.

AMD yang dilancarkan pada tahun 2014 akan mempunyai kemudahan yang setaraf dengan sekolah berasrama penuh lain bagi menampung program pembelajaran setempat bagi semua pemain yang terlibat

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan