Dua Maut, 51 Cedera Akibat Pergaduhan Penyokong Kelab Bola Sepak Maghribi

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2016 2:15 PM

Pergaduhan yang tercetus antara penyokong kelab penyokong bola sepak sama mengakibatkan dua maut.

(Ubah saiz teks)

RABAT: Pergaduhan besar-besaran dua kumpulan penyokong kelab bola sepak sama yang tercetus ketika berlangsungnya perlawanan di sebuah stadium di Maghribi telah mengakibatkan dua maut, manakala 51 lagi cedera.

Kejadian berlaku ketika perlawanan membabitkan kelab bola sepak, Raja de Casablanca dan Chabab Rif Al Hoceima di Stadium Mohammed V di sini, Sabtu.

Siaran televisyen tempatan menunjukkan bagaimana dua kumpulan peminat kelab Raja de Casablanca terbabit dalam pergaduhan itu, membaling suar dan merosakkan barangan di Stadium Mohammed V.

Kata pihak berkuasa, selain itu, 11 kereta yang diletakkan di tepi jalan bandar itu turut dibaling dengan batu.

Laporan media tempatan juga menyebut, pihak keselamatan dikerahkan untuk mengawal insiden ganas terbabit manakala mereka yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital.

Sementara itu, pihak pendakwa raya sudah membuka kertas siasatan terhadap insiden terbabit selepas 10 suspek kejadian ditahan. Pada perlawanan itu, Raja de Casablanca menewaskan Chabab Rif Al Hoceima 2-1. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan