Kedah Ulangi Kesilapan Sama

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 9:30 AM

Penyerang Sabah, Maxsius Musa dikawal ketat dua pemain pertahanan Kedah pada saingan suku akhir Piala FA di Stadium Likas Jumaat malam. Kedah mendahului Sabah 1-0 pada separuh masa pertama.

(Ubah saiz teks)

"KESILAPAN sama berulang," itu antara rumusan yang dibuat Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe selepas menyaksikan anak didiknya menang 2-1 ke atas Sabah dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Likas, Jumaat.

Menurutnya, kesilapan sama yang berulang dalam perlawanan itu ialah kelekaan pemain Kedah pada minit akhir permainan yang memberi lawan gol.

Jelasnya, walaupun berjaya mengatasi 2-0 dalam tempoh 90 minit permainan, namun Sabah berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-94.

"Apa yang mengecewakan saya ialah kesilapan seperti dalam perlawanan sebelum ini berulang, kita beri peluang kepada Sabah untuk jaringkan gol.

"Kita berusaha sepanjang permainan, tetapi kelekaan di akhir permainan menghukum dengan gol, ini merugikan kita," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe bagaimanapun berpuas hati dengan aksi pemain skuad Helang Merah yang berjaya mendapatkan bekalan di tempat lawan.

Dua jaringan tempat lawan bakal memberikan tekanan kepada Sabah untuk beraksi di Stadium Darul Aman selepas ini.

"Saya harap pemain akan jadikan kesilapan ini sebagai iktibar dalam perlawanan akan datang.

"Kami akan perbaiki kelemahan yang ada dalam sesi latihan akan datang sebelum menempuh perlawanan seterusnya.

"Kita akan berusaha menjadi yang terbaik dari semasa ke semasa bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dengan menyaingi lawan lain yang turut hebat dalam saingan Liga M," ujarnya



Tags / Kata Kunci: Kedah , Tan Cheng Ho , Stadium Likas , Piala FA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan