Akui Impian Musnah, Hiddink Beri Peluang Pemain Muda Turun Padang - Bola Sepak | mStar

Akui Impian Musnah, Hiddink Beri Peluang Pemain Muda Turun Padang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 7:20 AM

Guus Hiddink

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Guus Hiddink mengakui pasukannya sudah tidak berpeluang mendapat tempat di empat kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris atau meraih tiket ke Liga Juara-Juara.

Ketika kembali bersama Chelsea pada Disember 2015, Hiddink memasang impian mengakhiri musim 2015-2016 di zon Liga Juara-Juara, tetapi hasratnya itu telah padam.

Berdasarkan carta terkini liga, Chelsea menduduki tempat ke-10 dengan 40 mata, ketinggalan 11 mata untuk mengejar Manchester City di kedudukan ke-4.

Chelsea turut tersingkir daripada Liga Juara-Juara apabila ditundukkan Paris Saint-German (PSG) dan kalah kepada Everton dalam Piala FA Inggeris.

"Sukar untuk Chelsea mencapai impian yang diharapkan pada Disember lalu iaitu kedudukan empat teratas. Ini sudah jadi mustahil," kata Hiddink, memetik Daily Mail, Jumaat.

Bagaimanapun, dari sudut positif, situasi ini akan memberi kelebihan kepada pemain muda Chelsea kerana Hiddink berhasrat menurunkan beberapa pemain mudanya dalam beberapa baki perlawanan.

"Kami harus menerima kenyataan telah tersingkir dari Piala FA dan Liga Juara-Juara. Pemain muda mungkin akan mendapat peluang," katanya.

Dalam perlawanan minggu ini The Blues akan berdepan West Ham United di Stadium Stamford Bridge.
Tags / Kata Kunci: Guus Hiddink , pemain muda Chelsea
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan