Liga Europa: Jurgen Klopp Bakal Berdepan Bekas Pasukan - Bola Sepak | mStar

Liga Europa: Jurgen Klopp Bakal Berdepan Bekas Pasukan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 10:10 PM

Jurgen Klopp. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp akan berdepan dengan bekas pasukannya, Borussia Dortmund selepas Liverpool mendapat undian bakal menentang kelab berkenaan dalam perlawanan suku akhir Liga Europa.

Pengurus Liverpool itu meninggalkan Borussia Dortmund pada musim panas tahun lalu selepas berkhidmat dengan kelab gergasi Bundesliga Jerman itu selama tujuh tahun.

Klopp membawa kemenangan dua gelaran liga kepada kelab berkenaan dan mencatatkan dua pencapaian membanggakan pada 2012.

Borussia Dortmund juga memasuki pusingan akhir Liga Juara-Juara setahun kemudian namun tewas di tangan Bayern Munich.

Dilaporkan Klopp sebelum ini memberitahu beliau tidak mahu bertemu dengan bekas pasukannya sehingga ke pusingan akhir.

Perlawanan suku akhir dijadualkan berlangsung pada 7 dan 14 April depan.

Berikut adalah undian suku akhir Liga Europa:

Braga lwn Shakhtar Donetsk

Villarreal lwn Sparta Prague

Athletic Bilbao lwn Sevilla

Borussia Dortmund lwn Liverpool



Tags / Kata Kunci: Jurgen Klopp

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan