Kelantan Perlukan Jurulatih Hebat, Pemain Import berkualiti - Vida

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Pasukan bola sepak Kelantan perlu memiliki jurulatih yang hebat dan pemain import berkualiti untuk membentuk sebuah pasukan mantap dan mengungguli Liga Malaysia.

Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata, cadangan itu dilontar selepas beliau mengadakan lawatan ke Sepanyol dan menyaksikan dua perlawanan Liga juara-Juara Eropah (UCL) melibatkan Atletico Madrid dan Barcelona.

Hasmiza atau lebih popular dengan panggilan Datuk Vida memberitahu, beliau kagum dengan corak permainan kedua-dua pasukan gergasi itu sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai taktikal yang mereka gunakan.

"Macam corak permainan Barcelona, gerakan bola mereka begitu kemas dan sempurna. Itu yang saya mahukan dalam pasukan Kelantan untuk jadi sebuah pasukan terhebat.

"Bila pejam mata saya asyik teringat-ingat cara mereka membawa bola, bagaimana mereka menyusun setiap gerakan bola dan taktikal jurulatih yang menjadikan perlawanan itu kelihatan ada suntikan aura tersendiri.

"Kita perlu teliti setiap aspek taktikal, pengurusan pasukan dan sesi latihan untuk diterapkan mengikut kesesuaian kepada pasukan Kelantan," katanya kepada mStar Online.

Justeru, Vida akan memaklumkan maklumat yang diperolehi sepanjang berada di Sepanyol kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dikaji terlebih dahulu sebelum disesuaikan dalam pasukan tersebut bagi jangka masa panjang.

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, jika saya mahukan sesuatu saya akan cuba melakukannya sehingga menampakkan hasil. Saya harap PQPTRW akan bangkit untuk mengembalikan era kegemilangan pasukan ini," jelasnya.

Pada pertemuan malam Rabu, Arsenal tersingkir pada pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas  3-1 kepada Barcelona.

Gol Barcelona dijaringkan penyerang muda, Neymar pada minit ke-18, Luis Suarez (65) dan Lionel Messi (88) manakala Arsenal memperolehi gol tunggal menerusi jaringan Mohamed El-Nenny pada minit ke-51.

Pada malam Selasa, Vida turut berkesemptan menyaksikan Athletic menundukkan PSV Eindhoven 8-7 menerusi penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan pada masa tambahan di Stadium Vicente Calderon, Madrid.

Meskipun hujan turun sepanjang perlawanan di Stadium Camp Nou, Vida tetap tidak berganjak menyaksikan pertembungan yang menjadi perhatian peminat bola sepak seluruh dunia itu.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Atletico Madrid , Arsenal

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan