Tukar Pemain Import Kelantan: "Jangan Macam-Macam Sangat" - Presiden - Bola Sepak | mStar

Tukar Pemain Import Kelantan: "Jangan Macam-Macam Sangat" - Presiden

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak wujud isu atau keperluan untuk menukar pemain pasukan itu ketika ini.

Annuar berkata demikian bagi mengulas perancangan penaja utama pasukan Kelantan, Datuk Seri Hasmiza Othman untuk menukar pemain import skuad Kijang yang dikatakan tidak menyerlah.

"Mengurus sesebuah pasukan bola sepak tidak boleh terburu-buru. Kita tidak boleh melayan penyokong-penyokong cakap begini kita lompat, penyokong cakap begitu kita lompat.

"Dalam pengurusan bola sepak bukan begitu caranya. Ada sesetengah pemain yang ‘pick up’ lambat, perlukan masa nak berganding antara satu sama lain," jelas Annuar kepada ketika ditemui mStar Online selepas Sesi Ramah Mesra Dan Penyerahan Biasiswa Pengajian pelajar ke Jepun (MJHEP), Rabu malam.

Jelas Annuar, mengurus pasukan bola sepak perlu mempunyai objektif dan tidak boleh dipandang mudah.

"Kita tak boleh suka-suka seperti penonton tengok perlawanan. Kena tengok banyak faktor. Daripada faktor duit, kesesuaian dan macam-macam malah ia tidak semudah yang dijangka.

"Kadang-kadang kita jangka lain dan jadi lain. Saya dah ada banyak pengalaman. Jadi kami kena terima hakikat bahawa kita ada ‘budget constraint’. Penaja-penaja kita pun banyak, publisiti pun macam-macam...tapi duit tak bayar.

"Jadi macam-macam bendalah...tapi biarlah benda-benda sensitif ni tak payahlah bincang," tegasnya.

Dalam pada itu juga Annuar menegaskan lawatan Vida ke Eropah bagi mengintai pemain-pemain Sepanyol dan Argentina tidak ada kena mengena dengan pengurusan Kafa.

"Kita tidak pernah bagi mandat kepada beliau dan tidak timbul soal pemain import.

"Beliau pergi ke sana atas urusan sendiri. Kalau pergi seminggu, tengok perlawanan sekali atau tak tengok dan hanya melancong...itu bukan cara mencari pemain import.

"Nak beli pemain import kena tahu, takkan nak beli Ronaldo, dia pergi kelab mana... kalau pergi kelab yang gajinya sebulan setengah juta, takkan nak beli harga tu?

Kita kena tahu pemain Eropah Divisyen 1 takkan bermain dengan Malaysia, kalau dapat pun mungkin pemain-pemain di Divisyen 3," ulas Annuar.

Pada awal Februari lalu, Annuar menegaskan Kafa akan mengambil tindakan termasuk menamatkan kontrak pemain import yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Katanya tindakan tegas itu berasaskan persetujuan bersama antara pemain dan Kafa sebelum mereka menandatangani kontrak bermain dengan pasukan Kelantan.

"Baru dua bulan perlawanan bermula. Masih ada masa dan kita tidak boleh terburu-buru," katanya ringkas.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Kijang
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan