JDT Ungguli Kumpulan H Piala AFC, Tewaskan Lao Toyota FC 3-0

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 11:44 PM

Pemain JDT, Mohd Safee Mohd Sali (kiri) dihalang pemain Lao Toyota, Renshi Yamaguchi (kanan) untuk mengawal bola lebih lama di kawasan kotak penalti pada perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengungguli carta Kumpulan H selepas menewaskan Lao Toyota FC 3-0 pada saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, Rabu malam.

Kesilapan demi kesilapan dilakukan pasukan pelawat pada separuh masa kedua memberi peluang kepada skuad Harimau Selatan menjaringkan dua daripada tiga gol, menerusi sepakan penalti.

Separuh masa pertama berlangsung hambar apabila kedua-dua pasukan masih mencari rentak dan gagal menyempurnakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun, percaturan Mario Gomez memasukkan kapten pasukan Safiq Rahim pada minit ke-55 berjaya mengubah rentak permainan JDT.

Hasilnya Safiq berjaya memecah kebuntuan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 dan 73, sekali gus menewaskan penjaga gol kelab dari Laos itu, Vathana Keodouangdeth.

JDT memperoleh sepakan penalti pertama apabila pemain pertahanan kelab pelawat itu, Takahiro Saito dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Syria, Hanna Hattab, setelah menampan bola dengan tangan ketika kekecohan di depan pintu gol juara Liga Laos, musim lepas itu.

Juara Piala AFC musim lepas itu, kemudian memperoleh sepakan penalti kedua selepas penyerang JDT, S. Chanthuru dijatuhkan pemain pertahanan lawan, Phattana Syvilay di dalam kawasan kotak penalti.

Sebelum itu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila S. Kunanlan  menerima kad kuning kedua pada minit ke-69, selepas membuat terjahan keras ke atas pemain kelab pelawat, Maitee.

Mohd Amri Yahyah melengkapkan kemenangan bergaya JDT apabila menjaringkan gol ketiga pada waktu kecederaan, hasil hantaran Safiq.

Berikutan kemenangan itu, JDT kini mengutip sembilan mata menerusi tiga perlawanan dan hanya memerlukan tiga mata lagi untuk mara ke pusingan kedua Piala AFC.

JDT akan berdepan Bengaluru FC dari India pada 11 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: Piala AFC , JDT , Lao Toyota FC

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan