Tanpa Menyebut Chelsea, Conte Diumum Tidak Lagi Bersama Itali

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 8:00 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Federasi Bola Sepak Itali (FIGC) Carlo Tavecchio mengumumkan bahwa Antonio Conte akan melepaskan jawatannya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan setelah berakhirnya Piala Eropa 2016 (Euro 2016).

Bagaimanapun, Tavecchio tidak menyebut tentang Chelsea, yang kerap dikaitkan dengan Conte sejak akhir-akhir ini.

"Conte akan meninggalkan pasukan kebangsaan setelah berakhirnya Piala Eropa. Dia merindui padang latihan dan rutin harian dengan pemain. Ini dapat difahami," kata Tavecchio. 


Berdasarkan apa yang dikatakan Tavecchio, Conte kemungkinan akan kembali membimbing sebuah kelab. Dia sebelum ini pernah mengaku tidak sesuai bersama pasukan nasional kerana jarang-jarang dapat berinteraksi dengan pemain.

Chelsea menjadi kelab yang paling dekat dengan Conte. Menurut laporan Sky Italia pada Februari 2016, jurulatih berusia 46 tahun itu sedang mengadakan rundingan dengan Pengarah Chelsea Marina Granovskaia.

Khabarnya, Conte akan menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan The Blues. Guus Hiddink yang duduk kerusi pengurus pada masa ini akan bersara setelah musim 2015-2016 berakhir.
Tags / Kata Kunci: Carlo Tavecchio , Antonio Conte

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan