Liga Juara-Juara: Atletico Madrid, Man City Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 7:53 AM

(Ubah saiz teks)

ATLETICO Madrid menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan menyingkirkan PSV Eindhoven menerusi sepakan penalti.

Kedudukan 0-0 yang berterusan sehingga masa tambahan menyebabkan penentuan penalti dilakukan, berakhir dengan gol 8-7, memihak kepada Atletico.

Dalam perlawanan kedua kelompok 16 terakhir yang berlangsung di Vicente Calderon, awal pagi Rabu, Atletico tampil lebih dominan.

Statistik Whoscored menunjukkan pasukan tuan rumah memiliki 59 peratus penguasaan bola dengan 26 percubaan, di mana tujuh daripadanya tepat ke arah gawang.

Sementara itu, PSV mencatat 41 peratus penguasaan bola dengan mencipta 10 percubaan, namun hanya dua tepat ke pintu gol lawan.

Menerusi penentuan penalti, PSV mengambil tendangan terlebih dahulu. Luciano Narsingh menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan tendangan, memberikan Atletico kemenangan 8-7 untuk mara.

Sementara itu, satu lagi perlawanan menyaksikan Manchester City mencatat sejarah apabila mara ke suku akhir buat pertama kalinya dalam liga ini. City kini dikatakan mahu memastikan tempat ke final.

City memastikan tempat di kelompok lapan terakhir setelah seri 0-0 bertemu Dynamo Kiev.

Bagaimanapun, The Citizens mara ke saingan seterusnya dengan agregat 3-1, menerusi kemenangan yang diraih dalam perlawanan pertama di kandang Kiev.

"Mencipta sejarah bersama kelab ini benar-benar menggembirakan. Kami mara ke suku akhir untuk kali pertama. Kumpulan pemain terus bekerja keras setiap hari untuk menjadikan kelab ini terus mencipta kejayaan besar," kata penyerang City, Pablo Javier Zabaleta, memetik BBC.

"Di Liga Juara-Juara, kami kini sedang berusaha untuk sekurang-kurangnya memasuki final. Sukar, tapi usaha hari ini membuktikan ia mampu dilakukan. Ini bukan sebuah penampilan kami yang bagus, tapi kami puas hati," katanya.
Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , suku akhir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan