Gol Menakjubkan Ozaki Cerahkan Impian Leicester City

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 11:55 AM

Aksi Shinji Okazaki ketika menentang Newcastle United.

(Ubah saiz teks)

LEICESTER: Gol menakjubkan daripada pemian Leicester City, Shinji Okazaki memberi kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle United pada perlawanan yang berlangsung pada Isnin.

Kemenangan itu sekaligus meletakkan mereka sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan lima mata.

Gol keenam pemain Jepun itu meletakkan Leicester City dihadapan pasukan di tangga kedua, Tottenham Hotspurs.

"Ia bukan persembahan terbaik, tetapi kami menunjukkan semangat yang besar," kata Claudio Ranieri.

"Saya hanya akan menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya menentang Crystal Palace. Kami amat kuat, kita berfikir hanya satu perlawanan pada satu-satu masa. Langkah demi langkah, ini adalah falsafah kami," katanya lagi.

Tambah Ranieri, pasukannya memerlukan 20 mata daripada lapan perlawanan terakhir untuk memenangi kejuaraan liga.

Keputusan terbabit juga menyaksikan Newcastle yang dibimbing pengendali baharu, Rafa Benitez mencatat kekalahan empat kali berturut-turut dengan Leicester City melengkapkan dua kemenangan dalam aksi liga menentang kelab timur laut England itu buat kali pertama sejak 1974.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan