Piala FA: Everton Mara Separuh Akhir, Dua Gol Lukaku Singkir Chelsea - Bola Sepak | mStar

Piala FA: Everton Mara Separuh Akhir, Dua Gol Lukaku Singkir Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 8:04 AM

Romelu Lukaku.

(Ubah saiz teks)

EVERTON membuat kejutan apabila mara ke separuh akhir Piala FA apabila menewaskan Chelsea dengan 2-0 dalam perlawanan suku akhir pada awal pagi Ahad.

Menariknya, Chelsea disingkirkan dengan dua gol hasil jaringan pemain Romelu Lukaku.

Dalam perlawanan di Stadium Goodison Park itu, pasukan Guus Hiddink itu mengungguli dalam penguasaan bola dengan 57 peratus.

Pada minit ke-77, Everton berjaya membolosi gawang Chelsea menerusi tendangan Lukaku.

Lima minit kemudian, Lukaku kembali mencatatkan gol kedua buat pasukannya pada minit ke-82.

Kedudukan 2-0 bagi Everton tidak berubah sehingga ke akhir permainan. 

Perlawanan separuh akhir Piala FA dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 April depan.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan