Kedah Turunkan 'Arkitek' Muda

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 9:20 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN muda Kedah, Amirul Hisyam Awang Kecik bakal menggalas tugas  sebagai 'tulang belakang' skuad Helang Merah ketika mereka turun menentang Sarawak dalam saingan Liga Super di Kuching pada Sabtu.

Pemain berusia 20 tahun itu kembali cergas selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan sebelum ini.

Kehadiran bekas pemain kebangsaan Bawah-17, 20 dan 23 tahun itu turut melegakan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe dalam memperkemaskan bahagian tengah skuad berkenaan.

"Saya lega kerana dapat membariskan kesebelasan utama ketika bertemu Sarawak kerana Amirul Hisyam dapat beraksi semula selepas direhatkan akibat kecederaan.

"Ketiadaannya dalam perlawanan Piala FA sebelum ini memang dirasai kerana dia antara pemain yang mampu menjadi penggerak dan pantas dalam mematahkan asakkan lawan.

"Bagaimanapun terdapat dua pemain yang tidak dapat dibawa ke Sarawak iaitu pertahanan kanan, Rizal Ghazali dan penyerang, Ahmad Fakri Saarani kerana masing-masing masih belum pulih daripada kecederaan," jelas Cheng Hoe (gambar) kepada mStar Online.

Tambahnya, Syazwan Zainon juga mungkin akan kembali menguatkan kesebelasan utama selepas pemain kelahiran Perlis itu kembali menunjukkan perkembangan positif dari segi kecergasan.

Menurut Cheng Hoe, skuadnya mempunyai misi penting dan perlu pulang dengan tiga mata penuh daripada perlawanan itu.

"Kita akui bahawa menentang lawan di gelanggang mereka bukan satu tugas mudah, namun kita juga mempunyai misi penting yang perlu dilaksanakan dalam perlawanan ini.

"Pemain telah bersedia untuk perlawanan ini...dan apa yang penting adalah mereka perlu ikut disiplin yang ditetapkan.

"Jangan buat kesilapan yang akan memberi ruang kepada pasukan tuan rumah mendapatkan jaringan dan kita perlu menggunakan peluang yang ada untuk pulang dengan tiga mata," tegasnya.



 

Tags / Kata Kunci: Kedah , Sarawak , Helang merah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan