Rafa Benitez Mulakan Latihan Mengejut

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

JURULATIH baru Newcastle, Rafa Benitez membatalkan cuti pemain dan memulakan latihan secara mengejut sebaik sahaja dilantik bagi menggantikan Steve McClaren pada Jumaat.

Tindakan Benitez memanggil kesemua pemain untuk memulakan latihan kerana dia dilapor tidak mahu membuang masa dalam usaha menyelamatkan kelab berkenaan daripada berada di zon penyingkiran.

Benitez sebelum ini dipecat sebagai jurulatih Real Madrid selepas tidak sampai semusim dilantik mengemudi kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Bagaimanapun pada Jumaat, dia dilantik sebagai jurulatih Newcastle selama tiga tahun dan bertanggungjawab memastikan kelab tersebut tidak tersingkar daripada Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam latihan pertama itu, Benitez dilihat memerikan motivasi kepada para pemain kerana mahu mereka bangkit menjadi pencabar.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana Inggeris

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan