Skuad Penyu Benam Selangor 3-1

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 11:56 PM

Pemain Terengganu Vincent Bikana (kanan) berusaha menghalang pemain Selangor Patrick Ronaldinho dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua jaringan Issey Nakajima dan satu dari Juan Jose Morales membantu Terengganu menewaskan Selangor 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam Jumaat.

Nakajima, pemain import dari Kanada membuka jaringan tuan rumah menerusi rembatan dari luar kotak penalti sejurus sebelum waktu rehat.

Seminit selepas bersambung babak kedua, tuan rumah dikejutkan dengan gol penyamaan Selangor yang dihasilkan R.Gopinathan.

Ketika kedua-dua pasukan sukar menambah jaringan, Nakajima memberi amaran awal dengan rembatannya pada minit ke-77, namun ia tersasar.

Begitupun dua minit kemudian, Morales bijak menggunakan peluang yang terhidang di depan pintu gol lawan untuk membolehkan skuad bimbangan Mike Mulvey kembali mendahului perlawanan.

Nakajima terus menambah derita pasukan pelawat dengan menanduk masuk bola hantaran Joseph Kalang Tie, sekali gus menghadiahkan jaringan ketiga pada minit ke-87.

Selepas lima perlawanan, Terengganu kini menduduki tangga keempat liga dengan sembilan mata manakala Selangor turun ke tangga kedua dengan 10 mata.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Selangor , Liga Super

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan