Ismail Kecewa Jentera Serangan Kuala Lumpur Tumpul

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 10:58 PM

Ismail Zakaria.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria berang dengan ketumpulan jentera serangan skuad 'The Hawks' yang sekadar seri 1-1 dengan UiTM FC pada aksi Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam, pada Jumaat.

Beliau mengakui jentera serangan pasukannya terutama pemain import banyak melepaskan peluang terhidang untuk menjaringkan gol khususnya pada babak pertama.

"Pemain import kita tidak mempunyai masalah disiplin cuma persembahan mereka (di atas padang) agak mengecewakan...saya nampak tiada usaha mencari gol (tambahan), sebaliknya pemain tempatan yang lebih menyinar," kata Ismail ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkenaan.

Pada aksi berkenaan, Fahrul Razi Kamaruddin meletakkan Kuala Lumpur di depan pada minit ke-31 sebelum penyerang import dari Uzbekistan, Pavel Purishkin menyamakan kedudukan untuk UiTM FC pada minit ke-67.

Sementara itu, Ketua Jurulatih UiTM FC, Raja Isa Raja Akram Shah berpuas hati dengan kutipan satu mata yang diraih skuad 'The Lion Troops' memandangkan sebahagian besar pemain yang beraksi hari ini merupakan barisan Piala Presiden UiTM FC (Bawah 21).

Pada masa sama, beliau turut menegaskan khidmat Purishkin banyak membantu meningkatkan persembahan sebahagian besar pemain muda UiTM untuk mencatat keputusan positif dalam beberapa perlawanan Liga Perdana, musim ini.

"Liga akan berehat hampir sebulan selepas ini dan kita akan menggunakannya untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum berdepan Melaka United di tempat lawan (5 April ini).

"Kita pernah mencatat kemenangan di tempat lawan sebelum ini dan saya mahu pemain mengulangi keputusan yang sama selepas ini," jelas Raja Isa yang pernah melatih beberapa kelab di Indonesia.

Liga Malaysia akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaysia menentang Arab Saudi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan pada 24 Mac sebelum kembali bersambung pada 4 April ini. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Kuala Lumpur , UiTM FC , Liga Perdana

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan