JDT Mantapkan Taktikal Bersama JUFA

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 10:39 PM

Alistair Edwards. - foto ihsan Johor Southern Tigers (FB)

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menggunakan tempoh seminggu bersama Persatuan Bola Sepak Universiti Jepun (JUFA), untuk memperkukuhkan taktikal skuad Harimau Selatan itu.

Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards berkata bengkel latihan dan aksi persahabatan bersama JUFA bukan sahaja mampu memperkukuhkan taktikal kedua-dua pasukan, malah dapat menimba pengalaman selain bertukar idea antara satu sama lain.

"Kami berbesar hati menerima kunjungan delegasi berkenaan dan mengambil peluang yang ada untuk bertukar-tukar kemahiran serta pengalaman daripada pasukan dari Jepun ini," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Selain itu, Edwards berkata usaha tersebut mampu menaikkan nama negara kerana Jepun adalah antara kuasa besar bola sepak Asia.

Perlawanan persahabatan itu akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 12 dan 16 Mac ini, katanya.

Sementara itu, jurulatih JUFA Junichi Miyazaki berkata pemilihan Stadium Tan Sri Hassan Yunos sebagai lokasi latihan merupakan sesuatu yang istimewa bagi pasukan mereka.

"Kami memilih gelanggang ini sebagai lokasi latihan di luar negara kerana memori yang dicatat di stadium itu. Ia adalah 'gelanggang suci' kerana di sinilah pasukan Jepun layak ke Piala Dunia FIFA untuk kali pertama," katanya.

Jepun layak ke Piala Dunia pada 16 Nov 1997 selepas menundukkan Iran 3-2 menerusi gol emas pada waktu tambahan dalam perlawanan penentuan bagi menentukan pasukan ketiga Asia layak ke kejohanan itu.

Mereka adalah antara 32 pasukan yang layak ke Piala Dunia Perancis 1998.

Selain itu, status JDT sebagai juara Liga Super serta reputasi hebat menyediakan suasana sukan yang baik turut menarik minat JUFA berlatih di Johor Baru, kata Miyazaki.

Delegasi JUFA terdiri daripada 32 orang termasuk pegawai dan pemain bawah 19 tahun mereka. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JDT , JUFA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan