Benzema Kembali Perkuat Perancis Selepas Mahkamah Tarik Balik Sekatan Undang-Undang

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 5:18 PM

Benzema dan Valbuena.

(Ubah saiz teks)

KARIM Benzema mungkin dibenarkan untuk beraksi pada Euro 2016 mewakili Perancis selepas seorang hakim menarik balik sekatan undang-undang terhadap penyerang Real Madrid itu.

Sebelum ini Benzema dihalang daripada bertemu dengan rakan pasukannya di Perancis, Mathieu Valbuena selepas didakwa terlibat dengan plot untuk memeras ugut pemain tengah itu berkaitan sebuah pita seks.

Penyerang Real Madrid itu masih disiasat tetapi Mahkamah Rayuan Versailles menarik balik sebahagian sekatan terhadap Benzema termasuk perintah tidak dibenarkan menghubungi Valbuena.

Pada Disember, Persekutuan Bola Sepak Perancis menggantung Benzema disebabkan hal kes tersebut dan masih belum mengeluarkan kenyataan sama ada penyerang itu akan kembali memperkuat skuad kendalian Didier Deschamps.

Masih ada kemungkinan bahawa kes Benzema akan dibawa ke jawatankuasa etika dan dalam mana-mana kes, Benzema yang kini diketepikan selama beberapa minggu dan tidak akan beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 25 Mac dan Rusia pada 29 Mac ini.

Pada November lalu, Karim Benzema didakwa di mahkamah berkaitan kes peras ugut membabitkan rakaman pita seks yang menampilkan Valbuena, kata pendakwaraya.

Benzema didakwa dengan tuduhan "bersubahat dalam usaha untuk memeras ugut" dan berkomplot untuk melakukan perbuatan jenayah, kata pejabat pendakwaraya di Versailles yang terletak di luar Paris.

Penyerang berusia 27 tahun itu berkata dia ada berbual dengan Valbuena mengenai rakaman pita seks terbabit ketika skuad latihan skuad kebangsaan Perancis pada 5 Oktober lalu.

Tiga pemeras ugut yang terbabit dengan kes itu sudah pun berada dalam tahanan.


Tags / Kata Kunci: Karim Benzema , peras ugut , pita seks

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan