Benitez Kembali Semula Ke England, Terajui Newcastle

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 11:33 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON:  Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez kembali ke kancah bola sepak Liga Perdana Inggeris, malam Jumaat apabila dilantik sebagai pengurus baharu Newcastle United.

Benitez kini menggalas tanggungjawab berat untuk menyelamatkan Newcastle daripada tersingkir pada liga divisyen dua musim depan.

Pengendali dari Sepanyol yang dipecat Real Madrid awal musim ini, menandatangani kontrak tiga tahun bersama Newcastle.

Newcastle kini menduduki tangga kedua tercorot liga dengan baki hanya 10 perlawanan yang perlu diharungi.

Pelantikannya diumumkan hanya beberapa jam selepas Newcastle mengesahkan mereka memecat pengendali sebelumnya, Steve McClaren.

"Saya berbesar hati untuk mengesahkan yang saya komited terhadap kelab legenda Inggeris, dengan cabaran besar menanti pada baki saingan Liga Perdana Inggeris.

"Ia adalah cabaran bukan saja buat saya dan barisan kejurulatihan, tetapi juga buat pemain, kelab dan peminat-peminat," kata Benitez.

Tags / Kata Kunci: Rafael Benitez , Newcastle United

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan