Sergio Aguero Akan Tinggalkan Man City - Bola Sepak | mStar

Sergio Aguero Akan Tinggalkan Man City

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 9:03 AM

(Ubah saiz teks)

SERGIO Aguero menolak tawaran lanjutan kontrak oleh Manchester City kerana ingin meninggalkan kelab itu apabila kontraknya tamat.

City sebelum ini berharap Aguero akan melanjutkan kontraknya selama setahun lagi apabila ia tamat pada 2018.

Bagaimanapun penyerang licik itu mengesahkan bahawa dia tidak akan lanjutkan kontrak kerana mempunyai pilihan lain.

Aguero dilapor mahu beraksi di Argentina bersama Independiente yang merupakan kelab pertama disertainya sebagai pemain bola sepak profesional.

"Kelab itu menganggap saya masih bersama mereka, mereka selalu berkata untuk menerima saya kembali selepas ini," jelasnya yang berusia 27 tahun.

Tags / Kata Kunci: Manchester City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan